Oh tadi petang test Ai. hmm nak cakap aku perform hebat macam biasa (eh, ini menipu) takdela. tapi ada satu yang musykil dalam minda aku. malam semalam aku study AI. lepas tu kata classmateku ayat Informed Heuristic dalam exercise tu salah. sebabnye menurut wiki Informed tu erti kata lain ialah Heuristic. lebih kurang la. keluar la dalam test tadi. jadi soalan dia mintak guna method Informed Heuristics. so Heuristic Heuristic?? apekah? dalam kaedah heuristics ada Hill Climbing, Best First dan A*. tapi A* takboleh guna sebab kekurangan infomasi. jadi tinggal la Hill Climbing dan Best First. dan aku guna kaedah Hill Climbing. walaupun jawapan aku macam salah je (bukan memang salah ke), aku takde rasa bersalah pon sebab salah. entahlah. macam tak peduli je. takpe insyallah aku tak mati punye.
berita gembira aku dapat semalam malam masa sedang mentelaah AI (eh bukan tengah syok main scrabble ke masa tu??)
mama called
.
.
.
(mukadimah sume tak ingat. stret to the point je la)
bonda: kete ija dah dapat. nanti hafiz nak bawak myvi pegi sane?
saya: oh ye ea. oh boleh ke? (dalam hati oh meesssstiiiiiiii mauuuu)
bonda: kalau hafiz nak bawak la pegi sana lepas cuti nanti
saya: oh okay boleh boleh
(lebih kurangla. mesti potong stim kan aku tak tulis panjang2. wahaha)
lepas tu cakap ngan ayahanda pule. tak perlu tulis sini. private!
.
.
.
aku sebenarnye bukan kesah pon takde kete(eh kesah sket especially taim nak pegibalik kj). abang aku dulu belajar nak pegi kelas pon dah kene jalan naik bukit, hiking, brenang lautan api etc. patu baru sampai kelas. banding ngan aku ni ape la sangat. cuma jalan redah gurun je. haha
tapi tym balik kl atau kuar kl naik bas aku cukup pantang penumpang lain buat macam rumah sendiri bas tu.
Bakteria#1: Jenis yang tak tutup ringtone
kalau dah tau nak pingpong msg tu tukar la jadi BEEP ke, vibrate ke, silent tros pon takpe. sebab ko dah expect orang sebelah sane nak reply. takyah la nak pasang ringtone jugak. ringtone ni untuk alert kan ko ada orang contact ko. kalau ringtone slow takpe. ni macam bunyi sairen asrama lame aku panggil rokol yang memekakkan. ataupun fire drill. kuat cam #$%^&*. dahla ringtone lagu tahi (tahi ada lagu ke?). ada masa tu orang belakang aku ringtone dia yang amek kat mobi88 ke ape ntah yang buat suara chipmunk/baby tu. daripada start nak masuk tol jalan duta yang jem congested kaw2 sampai kuar tol tu dia msg patu lagu ringtone tu je la kuar. dahla kuat satu bas leh dengar. mamifaka tol. nak je sound direct. bajet comel ke ringtone tu. tapi disebabkan melayu penuh budi bahasa budi pekerti, aku letop2 je dalam diri sendiri.
Bakteria#2: Jenis yang turunkan seat macam katil
ada satu masa tu ada pakcik depan aku ni. bas baru gerak dari pudu tu. lepas dah puas saksikan scenery kota raya tu mula la sorang2 sandar merehatkan diri. pakcik depan aku ni pon same jugak. patu dia kebelakangkan seat dia. ZREETT. sparo turun. ok lagi. ZREETT turun lagi. ok ni cukup la. dah leh nyenyak tido ni.. sekali ZREETT! amek ko dia turun lagi. seat tu siap langgar kaki aku lagi macam dah kena tambat ngan aku boleh tengok kepala dia yang separa botak tu. tetiba setan dalam diri aku mula bekerja sumpah seranah dalam hati. aku pun dengan rational
"pakcik, umm boleh depan sket seat ni. dah langgar kaki saya ni."
dia tengok aku patu tengok seat dia ngan muka separa bengis dia tarik naik balik sket. okay fine buat muka ngan aku tapi at least ko naikkan seat so aku tak komplen.
sekali dia pandang belakang patu
"you kena duduk sandar belakang sikit. kalau tak memang la langgar"
masa ni aku rase segala setan berkandang2 dalam diri buat mantera menyumpah. ni nape aku nak kena duduk ekot cara ko. nak kasi aku patah tulang belakang ke duduk tegak 4jam? dah aku tinggi, kaki pon panjang la. yang ko turunkan seat sampai flat tu ape kene plak. tak consider ke orang kat belakang ko ni. aku nak turunkan seat pon rase bersalah je pk orang belakang nanti cane sume. tapi disebabkan melayu penuh budi bahasa budi pekerti, aku letop2 je dalam diri sendiri. afundik nye pakcik
Bakteria#3: Jenis melayu yang takde budi bahasa dan budi pekerti
last time aku balik kl naik plusliner kat gopeng hari jumaat pagi. sebenarnye patut balik hari khamis petang kat sri iskandar tu. plusliner jugak. tunggu sampai 30minit bas tak sampai jugak. pelik la. tengok2 dia parking kat tempat lain plak. manela aku tau ko tukar tempat lain dan asal tak beritau aku! buat rugi rm20 je.
anyway, masa yang jumaat tu, bas dia bas double decker. wiwwit. first tym naik but surprisingly aku tak batak. haha. aku punye seat kat atas. tak full pon. tapi seat aku macam dekat je ngan seat depan. dengan kaki aku yang panjang ni tak selasa la. tapi sebelah aku takde orang so dapat adjust2 sket. sket je la tapi. so ada la 2 orang dok depan sekali. perempuan. umur cam 2 3 4 tahun lagi tua dari aku sket kot. adik beradik. tapi perangai, ya Allah. lagi teruk dari diarrhea aku lepas makan kat Johnnys aritu. hahaha
bas gerak lewat sket. sket je pon. dorang pi hentak2 kaki kat lantai suruh gerak. kan dorang duduk btol2 atas driver yang kat bawah tu. cam tak malu ke hentak2? ni bukan yang sket2 comel2 nye hentakan. ni hentak cam KRS berkawad. ko tak kacau orang takpe. ni hentak dahla bising, patu mulut bising gak, siap carut sume macam budak 16tahun. patu baru perasan ada kamera kat atas pale dorang. mule la buat2 muka siap kutuk hape la. bising plak tu. sparo perjalanan penuh ngan kutukan cacian carutan buretan. aku kesian kat mamat indon balakang dorang. kena dengar sume2 tersebut fresh semeter dari tempat duduk dorang. ngan ada perempuan melayu dok sebelah dorang kompem segan2 malu + rage. ye la those suckers ni main2 cite ngan keseganan orang. eh kemaluan orang. perempuan laki sume dorang masukkan. aku dorang cakap buat dono je la. ni gadis2 tak bersalah tu. mane nak letak muka sebentar
dorang tu, muka dah lawa. body dah hot. perfect la (sorang tu je la. lagi sorang cam pengkid yang phailedd. haha) tapi perangai huduh
tapi lepas ni bila aku dah ada kete, oh seronoknye takyah berjumpe ngan bakteria2 bumi ni. jumaat ni balik ngan nola. bas? ape tu?? yeaahhh! -holiday mode-
p/s: semenjak2 ni aku cepat lupa cam Dory dalam Finding Nemo. haritu bayar duit makan baru je kasi dia simpan kat dalam cash register tu aku dah lupe aku kasi ketas merah ke ketas hijau. patu lecturer cakap sket suruh tulis aku tros lupe padahal 2 perkataan je pon dia cakap. ape dah jadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment