Friday, September 25, 2009

Cerita-cerita lagi

okeh blog ni dah lame tak basuh, dah berkarat, berabok, berkulat lagi. mase untuk apdet!

cerita pertama: XFM Xgig Penang ngan District9 muvi (gile lame dah cite neh. haha)



Beberape minggu (atau bulan) yang lalu, kami ke QEII di mana berlangsungnye Xgig. memule taktau jalan. rupenye2 dekat ngan feri. kat QEII tu takde la besar mane pon. kecik je tempat dia. datang awal so takde la nak bergado2 masuk kat entrance dia tu.

lepas tunggu untuk beberapa ketika, crowd pon dah memenuhi ruang... okeh malas nak cite, tengok gambar je la(gambar malas nak potong kasi leklok. haha)

the other side view yang ada kapal berlabuh


masa awal2 lagi. orang mula nak masuk


dah mula berisi tempat tersebut


XFM crews. haniff, dina, shac, aimee


opening by LAW. album2 mereka boleh download free kat maispes dorang. takyah cari pirate. maispesdotcomslashlawsofmusic. awesome performance


Joanna & Co. listening live terbaik


Komplot. crowd jadi gile tetibe kene sawan sume. wakakaka.


Stonebay. tak ramai orang kenal tapi masih mantap


Lovemebutch. closing terbaik. thesaurus-awesome performance. haha


Crowd gile. haha


oh pastu dorang penganjur kasi la freebies. err campak freebies. dapat baju tapii taktau cane dorang saizkan. rugi je terlompat2 gado2 cam basketball player nak capai baju dorang campak tu. demm(tak terambik pule gambar baju tu. malas kot. haha). patu dapat ape tah lagi tapi sure tak significant sebab tak ingat dah. haha. patu balik..

Dan sekarang(pada malam tu jugak) District 9



Very very shortly, I conclude from this movie: humansuck, aliens awesome(though veeery ugly). nice movie. kat cinema takde dah. download la ape lagi. the end

cerita kedua: Pegi OU masa cuti merdeka

ala (window)shopping biasa je kat OU. bukan mende spesel pon. tapi cite gak la

haritu isnin kot tak silap. kluar dengan syadia. tapi pagi tu pon ade cite gak sebelom sampai OU. ada orang tu la kan yakin bangun awal 100%. siap kata malam sebelum tu "nanti hafiz tunggu kat station Universiti. Syadia sure dah ada. jangan lewat tau" lebih kurang la. patu esok nye bila aku dah sampai nak kuar pijak kat station Universiti tu, syadia call. "Hafiz katne sekarang???". "Kat station Universiti baru sampai. Syadia kat mane?". "Syadia kat rumah lagiii. baru bangunnn. sori sori sori". so much for yakin bangun awal la kan. hahaha. patu after syadia mandi koboi+proper punye dia pon gerak. aku pon malas nak tunggu kat situ naik lrt pegi setiawangsa. ada ekon sket nak tunggu pon dari dok kat universiti cam orang aimless dan kepanasan. patu lelame sampai. patu dahla sesat nak gi OU. sejam kot! wakakaka. lepas ni takyah gune jalan baru wokeh.

pendekkan cerita, rasenye setiap kedai dalam OU tu kitorang masuk. aku pon bukan selalu datang situ. takde mende nak beli kat situ pon. anyway, everytime we went to each shop, one of us would say macam, "eh baju ni sesuai untuk ika" or "hafiz/syadia boleh imagine ika pakai ni" or "ika ada baju ni kot!". erti kata lain, if ika you read this, you're good with anything. OU tu closet ika kot. haha. pure compliment no side reason whatsoever ya. samat ari raye. haha

and later that evening bile masing2 ada yang sakit pinggang la, sakit lutut la, (cam warga emas), kami pon balik. the end

cerita ketiga: sushii king big bowl of scam!!



tak ingatla masa bila, tapi masa tu keluar dengan miya pegi queensbay mall. plan memula nak mekdi kat airport. tengok2 mcvalue dia sama harga ngan harga asal. airport = mahal sket. baru ingat nak amek 2 set. grrr. patu tros cabot nak gi mekdi kat shineshine. patu terlepas junction. demm diriku. patu nak gi mekdi sg. dua plak. situ pnoh. zzz. patu stret queensbay. patu borak2 kata alang2 sushii king la. ada big bowl of challenge. free food ni. takyah bayar. confident kaw2 leh abeskan. haha

sampai situ dah dapat duduk sume, waiter tu datang. "saya nak big bowl challenge ni" patu ape ntah waiter tu cakap "kene abeskan sume tau dik. sup2 dia sekali". ak pon "ok ok" je la. patu lame tu manager dia bawak datang huge bowl of soba. damn big weh!! ye la selalu ni kat menu tu kalau mintak okonomiyaki ke, gambar besar, reality kecik ketot je. ingatkan same la camni. tengok2 tak. syett. besar gile sampai masa dia letak kat meja stret pk "sure aku tak lepas abeskan ni. babai rm39.90". patu dia letak timer saiko kat sebelah. as soon gigit soba dia start time mamat manager tu. makan selaju mungkin tapi last2 tak abes gak. dalam 60% je abes. bukannye ak full lagi pon. kaw2 muak soba tu. rase same je. kalau ada masam sket ke manis ke patu takpe la gak. patu terpaksala bayar tapi dapat diskaun 10%. lepas 10 minit challenge tu ak makan je sushii. miya plak order soba camtu jugak. tapi sejuk punye. soba no more after this. haha. walopon kami dua memang makan mengalahkan antu, tapi big bowl tadi tak terabes. biala. tapi seperti biasa la kalau aku pegi sushii king. nitsume dorang sure tros abes sebotol. takde spare2 dah. patu miya curik chopsticks sampai tinggal sparo je dalam container tu dari full. wakakaka. nice one miya (walopon tu trip sushii king yang lain kan. huhu). tapi kamu sume dialu-alukan la kalau nak cuba. bukan selalu kan. haha. tapi sure aku ngan miya takkan dah. the end

besar bak neh!


cerita keempat: Instant backcrupt!!

okay, sehari sebelum raye(sabtu lepas), ak pergi pertama. selangor photographer. and I bought myself a dslr nikon D5k.
Price: almost 3k
bende yang dapat: D5000 kit(body, lens, strap, bag), tripod, lcd protector, UV filter, special filter(yang cam macro tu), lens hood, tah ape lagi tu je yang ingat skang ni


so far quite satisfied, cuma diri sendiri yang masih noob lagi with the settings and all. lelame okay la ni. dan pasni no more camera cap ayam. haha. hmm itu je kot. the end

I wonder how much this costs. sebijik kancil? but I guess you need to have those biceps first la kan


cerita terakhir: Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Buat mereka yang sudah berpuasa penuh(atau tak. haha) pada bulan ramadhan yang lepas, aku ucapkan tahniah dan Selamat menyambut Aidilfitri dan ampun zahir batin sangat2 diatas kesilapan diriku yang serba kekurangan vitamin C neh. huhu. marilah kita bergembira walaupon cuti sudah hampir tamat dan kerja nak mula balik. grr. okay penat dah ni sampai sini je lah. the end

Damn nampak gemok


exskulmate


Selamat Hari Raya Aidilfitri

6 comments:

Anonymous said...

can you for once tinggal snokep tu and never pakai dah?

salam aidilFITRY

Beelzenef said...

aaaaaaaaaaaaaahaha post ni terbaek.
tapi "jangan lewat tau" tu non-existent!
hafiz terlebih goreng cerita ni hmph~
p/s: perut penuh kalau isi sushi tak
ke meletup perut
p/s p/s: ika can make anything look good!
p/s p/s p/s: it was hafiz punya idea untuk try jalan tu! syadia nak ikut jalan office wuuuu

hafizmustakim said...

miya- macam tak boleh je. nanti keluar la lalat, nyamuk, kelawar. bahye tu. haha. salam aidilfitri juga. nape fitry tu upper case. huhu

syadia- lebih goreng baru la rangup sedap dimakan. haha. sebab itula lebih kurang. hehe. p/s: sushii tak letop nye. kalau soba mangkok besar tu leh la letop. grrr.
p/s p/s: yep yep kuden agree mo
p/s p/s p/s: tade tade. we both agree ya. bukan hafiz sorang nak ekot situ. hohoho

Melongray said...

Erk knp FITRY upper case + bukan fitri? ada kaitan ngan aku ke?. btw, Selamat Happy raya bebeh. Baca post ni teringat aku time xgig . korang punyalah gelut nak dpt freebies dari xfm tu. aku rilek je kat blakang . alih2 dapat gak selai. dahtu sizing cam shet, aku bajet 's' da abis ok, skali pakai da nampak cam whore nampak pusat la plak -duh!!

p/s: get ready tuk menembak lepas ni!

Beelzenef said...

i was reluctantttttttttt. the thought of not being sesat alone made me considered the idea :p

hafizmustakim said...

melongray- entah la. sile tanye miya. haha. mamat tu tetibe campak 2nd time baju kat ak. ape lagi sambut la. tapi tu ar sizing tah pape. tau la orang asia kecik tapi ni perli gile2. nak menembak ape dan dimana tu
syadia- sooooo syadia agreed juge. itu point dia. yang lain alasan. haha